Friday, July 10, 2009

Noeri Maya
RUANG

merenung
tingkap kamar
kuterjah ruang
jiwa kosong
tak mengerti
perasaan

tepu waktu
rasa berkecamuk
tiada hiba
tiada sedih

kosong aku ini

Monday, February 16, 2009

iman daud
KOTAK CAHAYA HITAM


wahai

kotak cahaya hitam

kotak bukan sebarang

datang dari negeri matahari


di depanmu

pembesar kanta cahaya

di atasmu senapang kilat

di kananmu picu peluru

di kirimu papan sasaran


aku segera menyeru nama segala ibu

wahai kotak cahaya hitam

biar kau tangkap yang terang

yang gelap


berkat bedil 40d

puh! lalu jadi.....

Monday, November 17, 2008

dahiri saini
AKU SEEKOR KUDA

aku seekor kuda
berlari sejauh ini
meninggalkan jejak
masa lalu
untuk memacu
masa depan
penuh harapan.

aku seekor kuda
berlari sejauh mana
aku tetap mengingati-Mu
dalam apa saja
ruang dan waktu
menggapai makna ceria
milik seekor lagi
kuda bermata cantik
dalam bisik cintanya
yang semakin jauh
kudengari mengikik
di sebalik gunung
dan banjaran hidup
yang sirna.

akan kupacu hidup
meskipun tanpa cinta.

Monday, May 12, 2008


AZIRAMIZAN
PESONA CINTA SI WANITA JALANG


lemas diriku melayan gundah gulana

yang telah kau suntik sewaktu kita di ranjang

memang celakalah aku di kala malam menjelang


binasa diri ini di kala kau tiada

nyata amat canggung kita zahirkan cinta

nyata sonsang pada falsafah cinta sebenar yang dilagukan


hilang teori kamasutera

hilang antologi cinta

jejak lagu yang kecundang

ku renung ranjang yang muram


tiada metafora untukmu kubandingkan

nyata kau berdiri telanjang tanpa cyclorama

nyata kau bukan intan yang di agung atau di dambakan....


Thursday, May 01, 2008

farid-iman
MENGINTAI


sukar aku fahami

bulan tiba-tiba

mengintai

celah-celah awan

cahayanya jatuh

di ranting kering

gugur menimpa

rumput culas

di diam

lamanku.

Wednesday, April 30, 2008

AARON ZA'ABA
HIDUP

Dengan nama Tuhan
Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasih

Kata orang kepada aku
Hidup ini suatu perjalanan
Yang mengandung persoalan
Yang mengudang jawapan

Bermula untuk mencari
Berhenti apabila ditemui
Hidup dan mati

Kata aku kepada orang
Perjalanan hidup ini
Persoalan yang dikandung
Jawapan yang diundang

Mencari dari titik mula
Ditemui di titik henti
Hidup dan bukan mati

Tetapi mencari
Jalan Kembali
Kepada Tuhan
Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasih

Monday, October 23, 2006

KELANA AKIRA
MISI SEEKOR YAHUDI

Sejarah berdarah

kembali berulang

tragedi Karbala

dan

peristiwa perang Siffin

dengan berakhirnya

perjanjian Tahkin

Golongan Khawarij

hingga hilang punca

di ujung perjanjian

Muawiyah terjerat

fitnah

Misi seekor Yahudi

menyamar dalam agama

menjelma dalam bangsa

sekian lama bersama

empat sahabat khalifah

dunia dan akhirat

terpesong akal mereka

di ujung lidah Abdullah Assaba

hujudkah mereka

dalam kita

pada peristiwa

yang sama

kerana dunia ini

fana dan

kerana kita ini

insan bernama manusia

bukan insan

bernama setan

berhati mulia ....


NAFASKU BERNYANYI

setiap ruang kulalui
tiada yang kosong
pasti ada segalanya

dan aku pun bersujud

setiap kewujudan penuh iktibar
yang paling aku bersyukur
nafasku terus bernyanyi

MUSlegimu mapol
sabtu 6 Feb 2009


PENA LAUT
( SAJAK BELIAU MASIH DALAM PEMBIKINAN)

Assalamualaikum dan salam sastera,

Di sini saya
pena_laut
merupakan
kerabat API (Angkatan Penulis Indie)
pada
06 Disember 2005

FAUZI ABDILLAH
1. KERONGKONG

tak apa ditelan cuma
loghat indah terencat
pekik-memekik tidak dapat
laung-melaung terlolong
namun kerongkongnya sakit
hendak mengucap kering rasanya
hendak bercakap hilang suaranya
hendak makan pahit rasanya
cuma telinga mendengar
mata dapat melihat
hidung tersorong-sorong
mancung ke arah kesongsangan
tiada siapa rugi jika bersuara
tapi bila kerongkong sakit
tiada faedahnya berkata


2. HARAPAN SEORANG FAKIR

Penaku akan bersyair
tentang kemanusiaan dalam jiwa.
Roh bisa melayang
kiranya ada mimpi yang indah
bersama fakir jalanan
Kepribadian bisa menyoal hatinya;
adakah kehidupan akan berubah,
jika ada kealpaan cinta ?
Dalam menghayai nasib
sepertinya akan merasa duka
Tiada baris tanpa kata
menyelusuri kehidupan sejagat.
Fakir mengharapkan kedamaian
dalam hati yang berkuliah
pada satu keharmonian
Jiwa dan Nurani

Wednesday, January 25, 2006



PIEE LING
(SAJAK BELIAU MASIH DALAM PEMBIKINAN)

tunggu!!!

Thursday, January 19, 2006

ARMIZA NILA
PAUT


sudah sekian lama

ia paut diri

dalam cahaya

dari lorong gelap suasana

rehat panjang

sudah tiada mesra

cukup seadanya

masa berlari sepantas kilat di langit

mencuri detik-detik hangat asmara

kini

redha jadi intim

erat paut dalam segumpal

hati

berbentuk cintaaku tak tertipu lagi

oleh dunia fatamorgana

paut pada dahan

ekap di jiwa ini!
SINORA AZMA
TAFAKUR 1

pantas ku melepas barah tafakur
berdiam bukan bererti berkubur
bukan mudah melentur sukma
ada darah terkias nanah dan
parut itu nisan tugu di pusara
belasungkawa

rentung hati terguris honar perlu
dilebur dan dicipta dan dijana
nanti kimia bajanya menyubur
putik-putik ilham kudus berbianglala
alam perlu setuju, tunduk
bukan merunduk, tersungkur
bukan akur

aku telah melewati garis-garis
penamat dan bermula semula
seorang juara perlu memacu
tangkas langkahnya menjadi
wira
pedang kalimat terhunus
akan binasa pancaroba
pawaka ini hanya pemanas
badan semilir getir bangkit
dan bersandar paradigma

aku dan diriku
tersedar selepas
tafakur

Jun, 2005

BANAHASAN AL SEGAF
MALAM PERTAMA

Malam pertama…
Aku taklukimu
Esok kita nikmati
Mesra cinta
Lusa kita mula terasa
Tatapi wajahmu menjamu jemu
Namun aku segera sedar
Itu tidak wajar
Lantaran Tuhan takdirkan
Dipundakku terpikul kamu.
SAJALI MOHAMAD
TERIMA KASIH KEPADA
SEMUA YANG BERGELAR WANITA



terima kasih
tidak terdaya untuk
kubalas budimu

kerana kaulah yang
memanusiakan aku

terima kasih
keluh kesahmu bertahta ibadah
kusanjungi ketabahanmu
menghadapi ombak
menghadapi ribut, petir
sentiasa dengan senyuman
terukir dibibir

mulia hatimu
ikhlas budimu
menghulur nasihat
berbuah berkat

terima kasih
kesempurnaan berlaku
keranamu
A. A RADIN
PESAN UNTUK ANAK

anakku
ingat pesan ibu
jangan rintih selalu
kasih Allah bersamamu

fikir nasihat ibu
indah bahasamu

halusi tuturmu
tertib gerak langkahmu

dengar anak
kuhayati leteran ibu
ah! jangan bentak begitu
nanti sukar hidupmu

ibu
ibu
ibu

besar ertinya anakku
reda Allah,
restu ibu
doaku bersamamu
memayungi nur jiwa

ingatlah...
di telapak kaki ibu
itu syurga!
anakku

Yusuf Fansuri
ADAPTASI CINTA RUMI

Jiwa, bebaslah jiwa ini nan gelisah
Tangis, bebaslah tangis ini nan resah
Tiada dua atau tiga untuk segalanya, hanya Satu
Hantaran rindu sukma untuk-Mu jua

Silai materi tak bererti saat ini
Irama asyik merasuk nubari sutera
Tak ingin kulepas demin-Nya. Dunia hanya sisa
Usia musim fana.

Gelisah, bebaslah nan gelisah ini dari jiwa
Resah, bebaslah nan resah ini dari tangis
Tiada dua atau tiga segalanya, hanya Satu
Hantaran cinta untuk-Mu jua



ZACHMANAN
IQRA'

iqra’ ; ejaan darjah satu
dalam kelas tanpa ayah, tanpa ibu
mengembara dalam arus tak tahu
permulaan bismillah dan mahakasih
Nyalimu

iqra’ ; pelita minyak zaitun memberikan sinar
kelam langit dalam
anakanak pada seri matanya
menulis di pelepah sukma tentang firaun ditelan laut
dan Muhammad meredah Amazon!

iqra’ ; satu mawar , satu pedoman, satu percaya,
jalanjalan berliku jalanjalan perjuangan
tentang nabinabi dan isteriisteri
deritanya

iqra’; cahaya dalam bayang malam
nur dalam jahil kelam
islam


TATKALA MEMASUKIMU
PADA WAKTU PALING AFDHAL

di sisi silam
serangga bunuh diri di cermin kereta

putus asa mengejar malam

menciprati darahnya kelabu

tangan waktu menyihir detik

menyerap gelap ke dalam ruang

berasap cakerawalaku

uban merakyat di atas kenangan