Wednesday, January 25, 2006



PIEE LING
(SAJAK BELIAU MASIH DALAM PEMBIKINAN)

tunggu!!!

Thursday, January 19, 2006

ARMIZA NILA
PAUT


sudah sekian lama

ia paut diri

dalam cahaya

dari lorong gelap suasana

rehat panjang

sudah tiada mesra

cukup seadanya

masa berlari sepantas kilat di langit

mencuri detik-detik hangat asmara

kini

redha jadi intim

erat paut dalam segumpal

hati

berbentuk cintaaku tak tertipu lagi

oleh dunia fatamorgana

paut pada dahan

ekap di jiwa ini!
SINORA AZMA
TAFAKUR 1

pantas ku melepas barah tafakur
berdiam bukan bererti berkubur
bukan mudah melentur sukma
ada darah terkias nanah dan
parut itu nisan tugu di pusara
belasungkawa

rentung hati terguris honar perlu
dilebur dan dicipta dan dijana
nanti kimia bajanya menyubur
putik-putik ilham kudus berbianglala
alam perlu setuju, tunduk
bukan merunduk, tersungkur
bukan akur

aku telah melewati garis-garis
penamat dan bermula semula
seorang juara perlu memacu
tangkas langkahnya menjadi
wira
pedang kalimat terhunus
akan binasa pancaroba
pawaka ini hanya pemanas
badan semilir getir bangkit
dan bersandar paradigma

aku dan diriku
tersedar selepas
tafakur

Jun, 2005

BANAHASAN AL SEGAF
MALAM PERTAMA

Malam pertama…
Aku taklukimu
Esok kita nikmati
Mesra cinta
Lusa kita mula terasa
Tatapi wajahmu menjamu jemu
Namun aku segera sedar
Itu tidak wajar
Lantaran Tuhan takdirkan
Dipundakku terpikul kamu.
SAJALI MOHAMAD
TERIMA KASIH KEPADA
SEMUA YANG BERGELAR WANITA



terima kasih
tidak terdaya untuk
kubalas budimu

kerana kaulah yang
memanusiakan aku

terima kasih
keluh kesahmu bertahta ibadah
kusanjungi ketabahanmu
menghadapi ombak
menghadapi ribut, petir
sentiasa dengan senyuman
terukir dibibir

mulia hatimu
ikhlas budimu
menghulur nasihat
berbuah berkat

terima kasih
kesempurnaan berlaku
keranamu
A. A RADIN
PESAN UNTUK ANAK

anakku
ingat pesan ibu
jangan rintih selalu
kasih Allah bersamamu

fikir nasihat ibu
indah bahasamu

halusi tuturmu
tertib gerak langkahmu

dengar anak
kuhayati leteran ibu
ah! jangan bentak begitu
nanti sukar hidupmu

ibu
ibu
ibu

besar ertinya anakku
reda Allah,
restu ibu
doaku bersamamu
memayungi nur jiwa

ingatlah...
di telapak kaki ibu
itu syurga!
anakku

Yusuf Fansuri
ADAPTASI CINTA RUMI

Jiwa, bebaslah jiwa ini nan gelisah
Tangis, bebaslah tangis ini nan resah
Tiada dua atau tiga untuk segalanya, hanya Satu
Hantaran rindu sukma untuk-Mu jua

Silai materi tak bererti saat ini
Irama asyik merasuk nubari sutera
Tak ingin kulepas demin-Nya. Dunia hanya sisa
Usia musim fana.

Gelisah, bebaslah nan gelisah ini dari jiwa
Resah, bebaslah nan resah ini dari tangis
Tiada dua atau tiga segalanya, hanya Satu
Hantaran cinta untuk-Mu jua



ZACHMANAN
IQRA'

iqra’ ; ejaan darjah satu
dalam kelas tanpa ayah, tanpa ibu
mengembara dalam arus tak tahu
permulaan bismillah dan mahakasih
Nyalimu

iqra’ ; pelita minyak zaitun memberikan sinar
kelam langit dalam
anakanak pada seri matanya
menulis di pelepah sukma tentang firaun ditelan laut
dan Muhammad meredah Amazon!

iqra’ ; satu mawar , satu pedoman, satu percaya,
jalanjalan berliku jalanjalan perjuangan
tentang nabinabi dan isteriisteri
deritanya

iqra’; cahaya dalam bayang malam
nur dalam jahil kelam
islam


TATKALA MEMASUKIMU
PADA WAKTU PALING AFDHAL

di sisi silam
serangga bunuh diri di cermin kereta

putus asa mengejar malam

menciprati darahnya kelabu

tangan waktu menyihir detik

menyerap gelap ke dalam ruang

berasap cakerawalaku

uban merakyat di atas kenangan