Monday, October 23, 2006

KELANA AKIRA
MISI SEEKOR YAHUDI

Sejarah berdarah

kembali berulang

tragedi Karbala

dan

peristiwa perang Siffin

dengan berakhirnya

perjanjian Tahkin

Golongan Khawarij

hingga hilang punca

di ujung perjanjian

Muawiyah terjerat

fitnah

Misi seekor Yahudi

menyamar dalam agama

menjelma dalam bangsa

sekian lama bersama

empat sahabat khalifah

dunia dan akhirat

terpesong akal mereka

di ujung lidah Abdullah Assaba

hujudkah mereka

dalam kita

pada peristiwa

yang sama

kerana dunia ini

fana dan

kerana kita ini

insan bernama manusia

bukan insan

bernama setan

berhati mulia ....

1 comment:

penabahari said...

..dan kita terus tertipu