Thursday, January 19, 2006

A. A RADIN
PESAN UNTUK ANAK

anakku
ingat pesan ibu
jangan rintih selalu
kasih Allah bersamamu

fikir nasihat ibu
indah bahasamu

halusi tuturmu
tertib gerak langkahmu

dengar anak
kuhayati leteran ibu
ah! jangan bentak begitu
nanti sukar hidupmu

ibu
ibu
ibu

besar ertinya anakku
reda Allah,
restu ibu
doaku bersamamu
memayungi nur jiwa

ingatlah...
di telapak kaki ibu
itu syurga!
anakku

4 comments:

Sri said...

alhamdulillah...
saya ska dengan lenggok bahasa yang saudara gunakan. Tidak sukar untuk dimengerti...malah mesej yang disampaikan telus.

Yusuf Fansuri said...

A.A Radin mampu menjadi penyair besar jika terus istiqamah dengan perjalanan puisinya.

pharmy53 said...

cukup indah bahasamu..aku jadi terharu...

dahirisaini said...

punya masa depan yg cerah dlm puisi tapi perlu berani mencipta sesuatu yg baru.