Thursday, January 19, 2006

SINORA AZMA
TAFAKUR 1

pantas ku melepas barah tafakur
berdiam bukan bererti berkubur
bukan mudah melentur sukma
ada darah terkias nanah dan
parut itu nisan tugu di pusara
belasungkawa

rentung hati terguris honar perlu
dilebur dan dicipta dan dijana
nanti kimia bajanya menyubur
putik-putik ilham kudus berbianglala
alam perlu setuju, tunduk
bukan merunduk, tersungkur
bukan akur

aku telah melewati garis-garis
penamat dan bermula semula
seorang juara perlu memacu
tangkas langkahnya menjadi
wira
pedang kalimat terhunus
akan binasa pancaroba
pawaka ini hanya pemanas
badan semilir getir bangkit
dan bersandar paradigma

aku dan diriku
tersedar selepas
tafakur

Jun, 2005

No comments: